Pages

Saturday 23 August 2014

Luaskan jajahanmu...JDT

Assalamualaikum.....

Macam nak cerita pasal bola sepak pulak.  Bukan...sebenarnya ada tanah nak dijual di Mukim Seri Medan Batu Pahat Johor.  Ni nak tumpang iklan.

Kawasan  :  Mukim Seri Medan
Keluasan  :  3.7 ekar
Tanah       :  Kelapa sawit
Harga       :  RM 65k seekar / RM 220k 3.7 ekar.




Sebarang maklumat lanjut hubungi nombor telefon di bawah.  Nizam

019 7894391    : kol
011 32397699  : watsapp
Wednesday 20 August 2014

Banjarich beraya

Assalamualaikum wbk & salam sejahtera buat sahabat-sahabat semua.  Semoga sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah hendaknya.

Lama betul Banjarich tak bersiaran.  Kesibukan yang kadang-kadang sukar untuk difahami diri sendiri.  Apapun, Johor masih mood raya walau pun syawal sudah hampir sampai ke penghujung.  Dikesempatan ini saya memohon kemaafan seandainya terlanjur kata atau menyentuh perasaan pengunjung blog banjarich.

Raya ni Alhamdulillah, semua anak Mak Ti balik beraya ke kampung.  Penuhla rumah Mak Ti dengan anak cucunya yang ramai.

Macam biasa, menu raya.  Ketupat nasi & ketupat pulut.  Rendang daging, ayam masak sambal, sambal singapore, sambal kacang tanah & tak lupa mak masak sup tulang lembu.  Special untuk abang yang baju biru kat belakang nun dalam gambar.  Kalau dia balik confom mak Ti akan masak sup tulang lembu tuk dia.
Tahun ni pecah rekod, ketupat 95 biji habis hari pertama.  Satu family tu...x masuk org luar.  

Kat tempat kami marhaban kampung hari raya pertama.  Selepas marhaban baru kami beraya ke rumah makcik.  Tulah sedara sebelah mak yang masih ada.  Nilah kakak mak Ti.  yang tudung putih kelabu tu.

Dalam kemeriahan meratah lauk raya, cucu mak Ti tetap dengan selera banjarnya.  Mandai nek jangan tak goreng.  Boleh jadi gaduh kalau tak timbang sama rata masa nak balik ke rumah masing-masing.  Peminat obses mandai, dalam gambar pertama, lelaki yang paling tinggi barisan belakang.  Yang perempuannya yang paling depan baju hijau tudung merah.  

Selamat Hari Raya...jumpa lagi dilain kesempatan.........


Thursday 20 February 2014

[KUIH ORANG BANJAR]

Assalamualaikum sahabat semua. Semoga hari-hari kita semakin baik dari masa ke semasa. Saya nak share beberapa kuih orang banjar yang saya ingat dan agak glamour zaman saya kecil. Memang selalu sangat makan.
Papudak!! Pernah dengar nama ni. Ada juga orang banjar yang panggil 'sundok lawang' kerana bentuknya macam palang pintu. Orang zaman dulu kan pintu dipalang dengan kayu. Kuih seterusnya....Wadai kiping. Saya dan family panggil Gayam. Kalau di kalangan orang banjar memang wadai kiping lah... Tengok gambar di bawah.
Gambar yang pertama tu wadai kiping dah siap dimasak dan sedia untuk disuap. Gambar kedua pulak mentah, ada santan yang dah cukup rasa menunggu. Masukkan wadai kiping, timbul, masak ler...boleh santap. Kuih seterusnya .... Wadai kararaban. Saya dan family jarang makan wadai kararaban ni,tapi rasanya sedap dan berlemak. Tengok gambar di bawah .
Tuesday 11 February 2014

[MAKANAN POWER ORANG BANJAR]

ASSALAMUALAIKUM...

Tukar cerita pulak...  Makanan kami sama je dengan orang melayu, jawa dan lain-lain.  Cuma ada beberapa yang special dan lain dari orang lain.

1.  Wadik


Banyak wadik yang dijual sekarang tak ori rasanya.  Tak macam Mak Ti buat zaman dulu.   Dulu, abang-abang ulun selalu meluntak ikan sungai.  Baulihik banyak bangat ikan, kadak temakanan, jadinya diulah wadik.  Cacap hubik barabus awan wadik, nyaman!  Manitik banyuk liur!

Sekarang yang banyak di pasaran, bukan wadik, pekasam.  Rasanya tak seenak wadik.  Pekasam macam ada masam-masam.  Dah lama mak Ti tak pernah membuat wadik.  Abang-abang pun memang dah lama tak ke sungai.  Sebab tu mak dah lama tak proses wadik.  Adalah satu dua orang yang jual wadik pure.  Susah nak jumpa sekarang.  Hope sangat wadik ni tak mati ditelan zaman.

2.  Mandai



Nile rupa mandai.  Mandai ni diperbuat dari kulit cempedak.  Memang sedap sangat!  Makan dengan nasi panas, takde lauk lain pun tak ape!  [MAKAN BOLE PENGSAN]  dek sedapnya =)) .  Tak caya cubalah.  Ada juga orang masak basah, tapi x tahan lamalah...kalau kering macam ni bole tahan lama.  2 minggu hingga sebulan.  Boleh simpan tuk lauk kecemasan.  Masak nasik... pulun terus.  Kalau nak rasa, PM Banjarrich.  Mereka ada stokRasa...jangan tak rasa.  nanti terfiki2 pulak apa dia mandai tu..  

Lain orang lain cara masaknya.  Setakat ni ...banjarrich punya tersedap...PM dia 017 7211976
Sunday 9 February 2014

[TOUR TO KALIMANTAN SELATAN 2]

Assalamualaikum...kita sambung ek...  berhari jugak baru sempat nak menyambung nih...

14hb kami bertukar ke Victoria Hotel, saja2 tukar angin, nak tengok hotel-hotel di Banjar Masin.  Persamaannya satu sahaja.  Semua orang disitu speaking BANJAR!  Pertama kali kami menjejak kaki ke rumah mereka hari itu.  Rumah kampung yang rapat-rapat, kebanyakan rumah memang rumah saudara mara.  Kedatangan kami disambut meriah oleh keluarga di sana. Masing-masing nk melihat dan berjumpa keluarga dari Malaysia.  Bersyukur kerana mak Ti tercampak ke Malaysia.  Kalau mak masih di sana pasti corak hidupnya lebih kurang sama dengan mereka.  Kalau sebelum ini mak Ti begitu geram dan marah kerana dia, kakak dan seorang adiknya ditinggalkan di Mlaaysia,   sejak hari itu perasaan jadi berubah.  14 mlm 15 mak Ti menginap di rumah adiknya manakala kami balik ke hotel.  Bimbang tak selesa penghuni rumah tu kerana kami ramai.

 15 hb kami ke Pasar Terapung di Sg Mertapura.  Bot atau sampan yang disewakan memang kurang ciri-ciri keselamatan.  Lampu malap, tiada jaket keselamatan.  Sebelum subuh kami dijemput menggunakan van yang kami sewa dari Victoria Hotel, solat di teluk Tiram dan naik bot dari situ selepas solat.  Bot disediakan oleh keluarga di sana dan kami tinggal bayar kos, so..no komen.  Tawakkal tu Alallah...Kami sampai di Pasar terapung selepas hampir sejam perjalanan.  Hari sudah semakin terang.  Bot yang kami naiki dalam bahasa banjar dipanggil 'kelutuk'.   Excited bila melihat kawasan pasar dipenuhi dengan kelutuk yang penuh dengan pelbagai jenis barangan.  Makanan, buah-buahan n pelbagai lagi.  Tengok le gambar n video yang sempat dirakamkan.


Penjual berpusu di Pasar terapung





Salah satu kelutuk yang menjual sarapan pagi dan kuih muih









Hari itu, buat pertama kalinya kami sekeluarga break fast di atas 'Kelutuk'.  Pengalaman yang baru, melucukan, macam jakun pun ada.....hehehhehe....  15 Nov 2009....separuh hari kami dalam kelutuk.  Perjalanan pergi dan balik lebih 2 jam.  Baliknya kami singgah di Pulau Monyet...memang monyet saja di situ.  Bagus idea mengumpulkan monyet kat pulau.  Diorang tak pergi tempat manusia, melepak di pulau, tunggu orang datang bagi makanan  Adalah hamba Allah yang memang datang setiap hari untuk beri makan.  memang kerja dia ke, bersedekah ke...wallahu aklam.  Saya pun tak bertanya.  Datang ke pulau tu, makanan kena simpan.  Jangan kelihatan langsung oleh monyet yang berkeliaran.  Kalau tidak mereka akan naik dan merampas makanan.  Monyet tu tak takut dengan orang.  Orang yang ngeri dengan monyet-monyet tu.

 

 

15 hb...petang, kepenatan, berehat di hotel...Malamnya kami menikmati angin malam ke Sg Barito.  Jambatan yang memisahkan Kalsel dengan Kalbarat kalau tak silap.  Apa yang diberitahu...selepas jambatan akan jumpa perumahan kaum dayak.  Kami taklah kesana kerana khuatir dengan keselamatan.  Al maklum, kita ni pendatang.....

16 hb kami pindah ke Swiss hotel.  Hotel terakhir sebelum berangkat pulang meninggalkan Kalsel.  Kalau orang tanya tak best kah hotel sbelumnya kerana asyik berpindah hotel.  Sengaja mahu bertukar selera.  Kami breakfast di hotel, jadi bila pergi ke hotel akan makan makanan berlainan.  Kan seronok dapat rasa pelbagai makanan.  Bila berjalan makanan yang paling best...nasi ayam penyet.  Original, sambalnya ditumbuk dengan cara yang berbeza.

Malam kedua di Banjar Masin kami makan di kedai tepi jalan Martapura.  Niat keluarga di sana mahu meraikan kami.  Tanpa teragak-agak kami menerima sahaja.  Kedai yang kami makan malam tu dikelolakan anak-anak muda.  Kedai ini akan hilang pada waktu siang.  Langsung seperti tak ada kedai ketika kami lalu ditempat sama pada siang hari.  Menu pilihan malam itu....kapiting sambal (Ketam masak sambal) tengoklah video sementara kami menunggu makanan.


Yang digelek lelaki dalam video tu sambal.  Sambal tule sambal ayam penyet.  Memang sedap.  2014 ni plan nak pergi lagi...insy saya nak beli papan yang diguna untuk sambal tu.


Thursday 6 February 2014

[JALAN-JALAN TO KALIMANTAN SELANTAN]

Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat-sahabat semua......  

Nak cerita banjar, x semua orang boleh faham pulak.  Cerita bahasa melayulah ya...  Sape nak bersurah...private mesej or komen la ye....



Ini trip hari pertama.  Sampai di Surabaya, transit untuk ke Kalsel.  Semua muka ceria, baru sampai.... Excited nak tau apa yang akan dilalui...yahuuu!
Lama juga menunggu nak naik flight ke kalsel. Dalam 2-3jam juga melanguk di airport surabaya.  



Pertemuan selepas terpisah 56 tahun lamanya. Pertama kali bertentang mata, dan menatap wajah masing-masing secara berdepan 13 Nov 2009. Tudung putih tu mak saya, kawan-kawan panggil Mak Ti & tudung pink tu adik dia bunda Ayer Mas namanya.  Ketika Mak Ti ditinggalkan di Malaysia, Ayer Mas baru beberapa bulan dan Mak Ti baru 7 tahun.  Penyatuan Malaysia dan Indonesia.  Menetap di hotel Palm malam tu... 






Ceritanya selanjutnya kita sambung next entry ek...nak balik dah ni....


Ceritak lucu' orang banjar

KISAH BAHASA BANJAR "SINGGAH DI BARABAI"

ULUN ADA CERITA BAHASA BANJAR,,,,
Utuh handak tulak ka balikpapan naik bis!! Di pasani mama nya,''amun sudah sampai barabai,hanyar buka tas ikam nie''!!

Tulak ae Utuh nie!! Dalam parjalanan Utuh batakun wan urang di sabalah nya!!

Utuh; paman,nie barabai kah sudah??
Paman; balum lagi!!

Badiam pulang Utuh nie!! habis tu batakun pulang!

Utuh; udah sampai barabai lah paman??
Paman; balum,guring ha dulu kaina mun sampai ku padahi!!

Guring ae Utuh nie,paman tadi taguring jua!! pas parak sampai balikpapan hanyar bangun paman nang di sabalah Utuh tadi!! Utuh nya masih guring!!

Paman; pir pir....kaya apa kakanakan nang guring nie?? Inya handak ka barabai tadi tu,tapi aku taguring!! Kada ingat mamadah akan!!
Supir; aiiissss....kaya apa nie?? Amun di tarus akan kalu pina kanakan nie kada baisi kaluarga di balikpapan,aku kulir mambari makan tarus!! Kaya apa mun kita antar haja ka barabai?? Hitung hitung ba amal! Satujuuuu para panumpang??

panumpang; satujuuuuu.....(baimbaian)

Akhir nya bis tadi babulik pulang ka barabai!! Pas udah sampai.....

Paman; ding ding,bangun sudah,nie sudah di barabai!!
Utuh; ya kah??

Langsung mambuka tas nang baisi nasi kutak,hanyar makan!!

Bingung paman nie....

Paman; Ikam handak kamana gerang sabujur nya??
Utuh; ulun nie sabanar nya handak ka balikpapan,jar mama ulun,mun sudah sampai barabai jangan kada ingat makan!!!

Samua panumpang mimisan mandangar Utuh bapandir!!

Hahaha.....halus mawaluh sudah!!

Cara Lakas Baanakan
Oleh : Behady Putra Angkinang [NSL'12]
Di gardu Sambang Lihum dudukan O’om wan Busu, bapandiran sambil batakun.
Busu: Om, kaya apa supaya lakas ba’anakan?
Oom: Aku kada bisa jua nah mamadahakan.
Kada lawas datang si John, lalu Oom manyuruh Busu batakun wan John.
Oom: Tu nah batakun wan nang tahu Busu ae, sidin harat baulah anak!
Busu: Ouy John! Kaya apa supaya lakas baanak?
John: Handak lakas lah?
Busu: He’eh..
John: Kawini orang nang batianan 9 bulan lakas baanak!
(Kada tahu-tahu muha si John sambil bajauh).

ANGGAP TUNGGUL
Oleh: John Kenedy Bucek, Palangkaraya (NSL-05)
Di Disa Negeri Sambang Lihum ada kunjungan matan Kacamatan lengkap wan Unsur Muspidanya. Kabalujuran Pambakal lagi gagaringan lalu sidin minta tulung wan Oom staff sidin gasan manarima wan mambari sambutan bila acara kaina. Pambakal mangiyau Oom ka rumah, sualnya ada nang parlu dipandir akan, singkat kisah.
“Kita imbah isuk kadatangan tamu panting matan kacamatan,” jer Pambakal.
“Inggih, imbah tu napa nang pacang ulun siapakan san manyambut tamu tarhurmat tu?” jer Oom manyahuti.
“Unda limpahkan samuaan urusan wan nyawa, segala bapidatu panyambutan, nyawa jua kaina di kantur disa!” jer Pambakal.
“Hah! Asa kada bisa ulun pambakal ae bapidatu ngitu, amun gawian nang lain ulun siap haja,” jer Oom pina bingung.
“Unda padahi nyawa lah, sagala kunsip pidatu sudah unda ulah san nyawa wan ada sadikit lagi unda mamadah, apabila nyawa bapidatu jangan gugup, anggap haja tamu barataan di ruangan kantur disa tu tunggul!” jer Pambakal pulang.
“Amun kaya ngitu siap haja ulun,” jer Oom manyanggupi.
Pas hari tamu tarhurmat datangan, langsung Oom bapidatu di muka bubuhan tamu.
Isi pidatunya:
Bpk.Camat Banua Hujung Tanah yang saya hormati.
Bpk/Ibu Unsur Muspida dan semua undangan yang saya cintai, selamat datang di Disa Negeri Sambang Lihum.
Mohon ma’af yang tak terhingga pada kesempatan ini, Pambakal sedang sakit oleh karena itu saya ditunjuk mewakili beliau.
Dan ada pesan beliau kemarin kepada saya bahwa kalian semua ini saya anggap tunggul!


UJAI TULAK SARUAN PANGANTINAN
Oleh: Pambakal Sambang Lihum
Ujai ne diundang kawannya bekawinan di Kapuas. Bangaran dahulu kawannya datang juwa waktu inya kawin, tapaksa Ujai mambayari hutang. Jadi tulak ae Ujai matan Hulu Sungai basapida mutur ka Kapuas. Rahatan di Anjir, inya handak bekamih, napang jalannya rusak lalu. Basinggah ae Ujai di parak puhun kayu. Dilihatinya pina kadada urang, langsung ae bekamih. Kada sadar pada di balakang puhun ada bibinian nang baistirahat imbah datang di pahumaan. Sadikit lagi kana sidin banyu kamihnya ne.
“Uma ae, purunnya pian bekamih parak ulun, kada tahu disupan lalu!” jar binian ne.
Takajut Ujai malihat ada bibinian di balakang puhun, saking takajutnya kabalujuran si Ujai ne takantut sing nyaringan.
“Akayah ae, dasar kada tahu disupan lalu pian ne, imbah babarang bekamih bekantut ha pulang,” jar bibinian ne.
Pina mahabang ha muha Ujai kasusupanan. Lalu manjawap sakakananya, “Inya dasar kaetu Cil ae, mun ada hujan labat biasanya ada juwa patirnya!” jar Ujai sambil babuat ka sapida mutur . KABURRRRRRRRRRRRRRR.

Kakanak Liwar Macalnya
Oleh : Tuan Muda Busu Wahyu [NSL'09]
Pa Haji Amin ni urangnya paling sugih di kampung wan sidin bisa juwa jadi Imam di langgar, baisi anak saikungannya ha pulang bangaran Adum.
Adum ni liwar macalnya urang tuha nang kaya John, nang tacut di kampung gen dihulutinya apalagi si Ian, cupit Pasar Ahad gen dihulutinya jua. Bibinian di kampung haja dijapainya di burit. Tuhuk dah Pa Haji Amin ni minta banyu tatap kada ampih-ampih jua.
Rahatan sumbahyangan magrib di langgar, abahnya (Pa Haji Amin) jadi Imam, si Adum ne pas abahnya imbah mambaca Fatihah makmum nang lain manyahut “Amiiin,” ada Adum inya manyahuti “Abaaaaah…!”
Apa ada gigir sa langgaran mandangarnya, si Adum ni bingung handak manyahuti ‘amiin’ katiya ngaran kuitan, jadi paksa ai jar Adum manyahuti ‘abaaah’. Apa ada lagi pada habang talinga dipulas abahnya si Adum.

KABUN TIWADAK SU IJAK
Oleh: Pambakal Sambang Lihum
Su Ijak ne rancak bemamai, napa? Bila musim tiwadak labat babuah, pasti dah banyak malingnya. Mun puhunnya ditunggui, kadada pang nang wani mancuntan. Imbah tulak satumat haja kaluar pada punduk handak manukar timbaku di warung Acil Enor, pas babuliknya habis sakayuan diunduh maling. Jaka pang diputik haja, ne betabang wan puhunnya.
Tauling-uling kapala Su Ijak imbah malihat, sambil bapikir, kayapa caranya supaya kada dicuntan lagi? Ahirnya dapat akal, lalu sidin manulis di papan nang isinya:
“Tuhan tahu haja siapa nang maambil tiwadakku!”
Asa tanang dah hati Su Ijak imbah manulis ne, “Insya Allah kadada lagi nang wani meambil tiwadakku, rasanya di kampung ne kadada pang nang kada baimannya.” Isuk arinya, Su Ijak takajut pulang, napang malima kayu ditabang buhannya. Sakalinya di papan tulisan sumalam betambah pulang tulisannya:
“Tuhan tahu haja siapa nang maambil tiwadakmu, tapi Tuhan kada pacangan mamadahkan wan ikam siapa nang meambil!”
Ranai am Su Ijak imbah mambaca tulisan tadi.

Sumber : http://banuahujungtanah.wordpress.com/tag/cerita-lucu-bahasa-banjar/
Wednesday 5 February 2014

Asal usul banjar

Orang Banjar merupakan suku peribumi bagi sebahagian besar wilayah Kalimantan Selatan, kecuali di Kabupaten Kota Baru.
Mereka menggunakan bahasa Banjar, yang pada asasnya adalah bahasa Melayu. Nama Banjar diperolehi dari Kesultanan Banjarmasin atau dipendekkan menjadi Banjar, bertepatan dengan nama ibukota pada mula berdirinya.



Ulun dah sampai ke sinik.  Kainak ulun memasukakan gambarnyak.....
Tuesday 4 February 2014

Assalamualaikum

Selamat datang ke blog banjarrich...

Marilah kita sama - berblog sambil bertukar - tukar pandangan