Pages

Sunday 9 February 2014

[TOUR TO KALIMANTAN SELATAN 2]

Assalamualaikum...kita sambung ek...  berhari jugak baru sempat nak menyambung nih...

14hb kami bertukar ke Victoria Hotel, saja2 tukar angin, nak tengok hotel-hotel di Banjar Masin.  Persamaannya satu sahaja.  Semua orang disitu speaking BANJAR!  Pertama kali kami menjejak kaki ke rumah mereka hari itu.  Rumah kampung yang rapat-rapat, kebanyakan rumah memang rumah saudara mara.  Kedatangan kami disambut meriah oleh keluarga di sana. Masing-masing nk melihat dan berjumpa keluarga dari Malaysia.  Bersyukur kerana mak Ti tercampak ke Malaysia.  Kalau mak masih di sana pasti corak hidupnya lebih kurang sama dengan mereka.  Kalau sebelum ini mak Ti begitu geram dan marah kerana dia, kakak dan seorang adiknya ditinggalkan di Mlaaysia,   sejak hari itu perasaan jadi berubah.  14 mlm 15 mak Ti menginap di rumah adiknya manakala kami balik ke hotel.  Bimbang tak selesa penghuni rumah tu kerana kami ramai.

 15 hb kami ke Pasar Terapung di Sg Mertapura.  Bot atau sampan yang disewakan memang kurang ciri-ciri keselamatan.  Lampu malap, tiada jaket keselamatan.  Sebelum subuh kami dijemput menggunakan van yang kami sewa dari Victoria Hotel, solat di teluk Tiram dan naik bot dari situ selepas solat.  Bot disediakan oleh keluarga di sana dan kami tinggal bayar kos, so..no komen.  Tawakkal tu Alallah...Kami sampai di Pasar terapung selepas hampir sejam perjalanan.  Hari sudah semakin terang.  Bot yang kami naiki dalam bahasa banjar dipanggil 'kelutuk'.   Excited bila melihat kawasan pasar dipenuhi dengan kelutuk yang penuh dengan pelbagai jenis barangan.  Makanan, buah-buahan n pelbagai lagi.  Tengok le gambar n video yang sempat dirakamkan.


Penjual berpusu di Pasar terapung





Salah satu kelutuk yang menjual sarapan pagi dan kuih muih









Hari itu, buat pertama kalinya kami sekeluarga break fast di atas 'Kelutuk'.  Pengalaman yang baru, melucukan, macam jakun pun ada.....hehehhehe....  15 Nov 2009....separuh hari kami dalam kelutuk.  Perjalanan pergi dan balik lebih 2 jam.  Baliknya kami singgah di Pulau Monyet...memang monyet saja di situ.  Bagus idea mengumpulkan monyet kat pulau.  Diorang tak pergi tempat manusia, melepak di pulau, tunggu orang datang bagi makanan  Adalah hamba Allah yang memang datang setiap hari untuk beri makan.  memang kerja dia ke, bersedekah ke...wallahu aklam.  Saya pun tak bertanya.  Datang ke pulau tu, makanan kena simpan.  Jangan kelihatan langsung oleh monyet yang berkeliaran.  Kalau tidak mereka akan naik dan merampas makanan.  Monyet tu tak takut dengan orang.  Orang yang ngeri dengan monyet-monyet tu.

 

 

15 hb...petang, kepenatan, berehat di hotel...Malamnya kami menikmati angin malam ke Sg Barito.  Jambatan yang memisahkan Kalsel dengan Kalbarat kalau tak silap.  Apa yang diberitahu...selepas jambatan akan jumpa perumahan kaum dayak.  Kami taklah kesana kerana khuatir dengan keselamatan.  Al maklum, kita ni pendatang.....

16 hb kami pindah ke Swiss hotel.  Hotel terakhir sebelum berangkat pulang meninggalkan Kalsel.  Kalau orang tanya tak best kah hotel sbelumnya kerana asyik berpindah hotel.  Sengaja mahu bertukar selera.  Kami breakfast di hotel, jadi bila pergi ke hotel akan makan makanan berlainan.  Kan seronok dapat rasa pelbagai makanan.  Bila berjalan makanan yang paling best...nasi ayam penyet.  Original, sambalnya ditumbuk dengan cara yang berbeza.

Malam kedua di Banjar Masin kami makan di kedai tepi jalan Martapura.  Niat keluarga di sana mahu meraikan kami.  Tanpa teragak-agak kami menerima sahaja.  Kedai yang kami makan malam tu dikelolakan anak-anak muda.  Kedai ini akan hilang pada waktu siang.  Langsung seperti tak ada kedai ketika kami lalu ditempat sama pada siang hari.  Menu pilihan malam itu....kapiting sambal (Ketam masak sambal) tengoklah video sementara kami menunggu makanan.


Yang digelek lelaki dalam video tu sambal.  Sambal tule sambal ayam penyet.  Memang sedap.  2014 ni plan nak pergi lagi...insy saya nak beli papan yang diguna untuk sambal tu.


1 comments:

  1. Sesiapa yang nak dapatkan pasif income...click atau copy paste link di bawah dan isikan maklumat..semudah abc
    http://YouthToEarn.com/?ref=227477

    ReplyDelete